Sunday, December 11, 2011

bagaimana globalisasi mempengaruhi ruang budaya di Malaysia?

Proses globalisasi yang berlaku hasil daripada perkembangan pesat dalam bidang teknologi komunikasi, informasi (ICT) dan pengangkutan telah memungkinkan seluruh pelosok dunia dihubungi dengan mudah sehingga menjadi sukar bagi sesebuah kerajaan mengawal sempadan negaranya daripada pencerobohan budaya asing. Selaras dengan itu pencerobohan budaya bukan lagi datang melalui sempadan fizikal tetapi melalui sempadan udara dan alam maya. Proses globalisasi telah memungkinkan siaran dan edaran maklumat dilakukan secara langsung antara individu tanpa boleh disekat dengan mudah oleh pihak berkuasa sesebuah negara. Pencerobohan budaya boleh membawa kepada penjajahan budaya jika budaya yang menceroboh itu tidak dapat ditangkis oleh budaya masyarakat yang dicerobohinya.
Persoalannya mengapakah budaya masyarakat tuan rumah seperti Malaysia begitu mudah dijajah?
Jawapannya ialah kerana daya tarik dan daya asak bagi pihak budaya penceroboh menggunakan mekanisma ekonomi yang kelogikannya bukan saja sukar ditolak oleh kerajaan sekular sebagai pemimpin masyarakat tetapi juga mendapat dukungan kuat dari segmen perniagaan dalam negara tersebut. Mekanisma ekonomi yang digunakan bagi pihak budaya penceroboh itu ialah pengkomoditian di mana budaya penceroboh dijadikan produk atau komoditi yang dapat dijualbeli (dikomersilkan, dibisneskan), dan instrumen untuk menjayakan pengkomoditian budaya penceroboh ini ialah media pengiklanan. Melalui media elektronik dan siber yang cekap dan berkesan berbagai produk budaya penceroboh - makanan, minuman, permainan, pakaian, hiburan, hobi, pergaulan, seks – diiklankan dan didakyahkan sehingga produk-produk tersebut bukan sekadar ingin dicuba oleh bakal pengguna (penduduk tempatan di negara yang dicerobohi itu) tetapi juga digemari dan menjadi pilihan. Bila ini berlaku ertinya budaya asal penduduk tempatan - makanan, minuman, pakaian, permainan, hiburan, hobi, pergaulan, seks– telah terjajah. Kelogikan ekonomi perniagaan produk budaya sukar ditolak oleh kerajaan sekular kerana pentadbiran sekular mengutamakan keuntungan material bagi negara; pertumbuhan perniagaan produk budaya dipandang baik kerana boleh meningkatkan KDNK dan pendapatan negara, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, dan menggilap imej negara sebagai negara modern dan progresif. Segmen perniagaan dalam negara juga mendukung pencerobohan budaya ini kerana mereka juga mengutamakan peluang baru untuk meraih keuntungan maksimum. Dengan kata lain, Malaysia ialah sebuah negara yang memilih untuk dicerobohi budayanya. Ini dapat dilihat dari hakikat betapa proses pemediaan di Malaysia berlaku dengan pesat melalui dasar liberalisasi kerajaan terhadap media cetak, pengkomersilan dan penswastaan sistem penyiaran, pertumbuhan rangkaian kedai video dan arked permainan video .Perkembangan industri periklanan yang membelanjakan sejumlah RM2.7 bilion setahun juga dianggap sebagai pemangkin kepada industri media tempatan. Pelancaran satelit Malaysia MEASAT 1 pada 13 Januari 1996 juga membuka lembaran baru dalam industri media dengan keupayaan menerima siaran televisyen dan radio satelit . Telah dinyatakan di atas bahawa pengkomoditian budaya adalah satu lagi projek kapitalisme global (lihat juga Castells, 1996; McMichael, 1996). Budaya yang telah dan sedang diprodukkan untuk dibisneskan oleh agen-agen kapitalisme global ini ialah budaya barat umumnya atau budaya Amerika Syarikat khususnya. Dalam konteks ini satu lagi persoalan yang perlu dijelaskan ialah mengapakah budaya barat atau budaya.

budaya makanan



budaya minuman


budaya pakaian


budaya hiburan
                      punk
           gothic

budaya pergaulan bebas












Amerika yang dipilih untuk dikomoditikan dan dihantar melalui ICT untuk dijual kepada budaya-budaya lainnya di dunia ini?
Tiga faktor boleh diutarakan sebagai jawapannya :
(1) Budaya Barat atau budaya Amerika banyak mengandungi unsur-unsur yang mudah untuk dikomoditikan. Unsur-unsur ini adalah unsur-unsur sensate budaya tersebut, iaitu unsurunsur yang berkaitan dengan pencapaian keseronokan (pleasures), kepuasan (fulfillment), makna (meaning) kehidupan dan jatidiri (identity) menerusi penggunaan dan pemilikan mata-benda dan pemuasan naluri atau nafsu asas manusia (baser instincts and desires) - makanan, minuman, pakaian, permainan, hiburan, hobi, pergaulan, seks;
(2) Tamadun Barat umumnya atau tamadun Amerika khususnya merupakan tamadun yang masih mendomanisasi dunia Barat dan Amerika adalah kemuncak pencapaian tamadun manusia di bumi ini. Jadi ukuran tentang nilai baik, buruk, betul dan salah haruslah menurut ukuran Barat dan Amerika;
(3) Kebanyakan teknologi dan tahu-buat (know-how) tentang pengkomoditian budaya ini telah diwujudkan dan masi berada di Barat dan di Amerika. Di sinilah proto-type kebanyak produk-produk budaya komersil di rekacipta dan diujikaji. Apabila terbukti laris baharulah menjadi wajar untuk diglobalkan. Bagaimanapun, penggunaan produk budaya Barat dan Amerika yang sensate ini bukanlah sesuatu yang kekal mutlak dalam globalisasi pengkomoditian budaya ini. Ada kalanya produk – produk budaya ini terpaksa disesuaikan dengan citarasa dan nilai tempatan jika perniagaanya hendak dilariskan dan keuntungan maksimumnya hendak dipertahankan. Misalnya di Bahrain, minuman Coca-Cola versi `Islam' mula dijual, dan di India, McDonald's terpaksa menggantikan daging lembu dengan daging kambing untuk burgernya ( Utusan Malaysia, 21 Mei ; 19 Jun 2001). Bila keadaan seperti ini berlaku maka proses globalisasi telah dipengaruhi dan dipinda oleh proses glokalisasi. Berlakunya glokalisasi bererti bahawa budaya dan masyarakat tempatan masih mempunyai upaya untuk menegosiasi pengaruh globalisasi sehingga dapat merubah sifat produk budaya yang didagangkan itu. Ia juga bererti bahawa pencerobohan budaya kerana globalisasi tidak semestinya berakhir dengan penjajahan budaya tempatan. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;